Sunday, 24 February 2013

Jodoh sudah tiba?

السلام عليكم

Sebelum ni, aku cuma suka-suka sahaja kenal dengan lelaki. Sayangnya, tarikan kimia tiada. Kekadang aku pelik, macam mana aku nak tahu samada lelaki yang kita jumpa itu adalah jodoh yang betul. Orang cakap, bila kita jatuh cinta pelbagai perasaan akan menjelma. Bibik aku cakap, dari dalam hati, kita tahu itu adalah jodoh untuk kita. Entah, aku tak tahu.

Sebelum-sebelum tu, aku selalu berbincang atau berdebat dengan emak aku pasal bab-bab jodoh ni. Memandangkan aku seorang sahaja, anak perempuan tunggal dikalangan 4 adik beradik lelaki. Makanya, naluri seorang emak agak sukar untuk melepaskan aku untuk pergi jauh. Kekadang, aku akui aku sendiri bengang dengan requirement yang telah ditetapkan oleh emak aku. Bayangkanlah, ini bab jodoh. Bab takdir. Kalau Allah, sudah susun rancangan yang terbaik untuk aku, takkan semudah itu aku nak tolak. Adoi.

Aku banyak membaca, jadi aku suka baca bab-bab jodoh ni daripada pandangan pemikir-pemikir islamik. Kepelbagaian dan keunikan pertemuan jodoh. Aku mula beri peluang kepada diri sendiri untuk memberi peluang kepada kelebihan dan kekurangan insan lain bernama lelaki untuk hadir dalam hati ini. Aku tidak sempurna. Ya, aku lupa itu.

Dengan takdir Allah, apabila hati sudah bersedia. Ya, jodoh itu akan hadir tanpa disangka-sangka. Tanpa perlu dicari. Ia hadir depan mata secara tiba-tiba.

Kalau sebelum ini, tiada tarikan kimia yang berlaku. Denga lelaki ini, aku terasa kelainan. Pertama kali, bertentangan mata secara dekat. Aku dapat rasa, ada rasa sejuk turun dari muka terus ke hati ku untuk kali pertama dalam hidup. Serius, aku tak pernah rasa perasaan itu.

Tapi, itulah. Aku tak berani jamin apa-apa. Aku tak tahu, samada dia jodoh aku atau tidak. Tetapi, aku sangat menghargai perasaan ini juga kehadiran Mr. Z didalam hidup ini. Dia berjaya membuat hidup aku berwarna-warni. 

Awal perkenalan lagi, dia sudah meletakkan harapan yang agak besar iaitu hendak kenal-kenal dulu sebelum boleh berkahwin. Aku terkejut juga masuk bab-bab kahwin ni, rasa macam pelik pula. Yela, memandangkan perempuan adalah makhluk yang sangat teruja nak mampus nak kahwin. Tak reti-reti nak bersabar. Aku pun tak faham, kenapa orang perempuan teruja sangat nak kahwin. Sampai sekarang, aku tak faham. Yang aku tahu, kahwin itu bukan setakat cinta sahaja, tetapi tanggungjawab yang maha berat. Bersedia ke nak kahwin dalam keadaan tanpa ilmu rumahtangga?. Insha Allah, aku sudah bersedia untuk berkahwin. Ameen.

Aku juga, taknak meletakkan beban kahwin ini diatas "bahu" Mr. Z, walaupuan dia sangat rajin mengingatkan aku bab-bab kahwin ni. Sebab bab-bab kahwin ni, sebenarnya memberi tekanan yang sangat berat pada kaum Adam, terutama sekali jika tidak stabil dari segi kewangan. Kesian dowh, aku tengok orang lelaki yang nak kahwin tanpa kewangan yang kukuh. Gila, nak buat loan bank 24 jam. Mati!.

Insha Allah, kalau ada jodoh tak kemana. (Ayat penyedap hati ke tu?)

No comments: