السلام عليكم
Kalau ada orang komen atau tak berpuas hati dengan cinta ala-ala Rozita Che' Wan atau Raja Azmi tu. Aku consider, mereka cemburu. Sebab kat office aku, ada akak ni asyik-asyik duk komen pasal cinta bawah umur ni.Hahhaa. Dia jeles!
Aku tak ceritalah kat akak ni, yang aku sedang berkawan dengan mamat bawah umur ni. Beza kami, 3 tahun. Dia sangat matang, kelakar, tegas, lantang dan berdisiplin. Kekadang, aku rasa macam aku pula kanak-kanak ribena. Sabar gila dia dengan perangai aku ni. Aku malas nak cerita kat akak ni sebab akak ni, cemburu gila. Dia tak boleh tengok orang lebih daripada dia. Bayangkanlah, aku puji pelakon Fazura yang memang cantik tue pun, dia punya tak puas hati memanjang nak balas balik.
Sebenarnya, aku sendiri tak minta berjodoh dengan mamat bawah umur ni. Awal-awal lagi, partner aku ni dah tahu status umur aku. Dia cakap tak kisah. Zaman sekarang ni, berlambak orang berkawan dan berkahwin dengan mamat bawah umur. Yang penting mereka ni matang.
Sepanjang aku berkawan dengan partner aku ni, aku tak terasa pun umur aku 29 tahun. Terasa biasa je. Dia layan aku pun okay je. Time dia marah, memang dia marah. Terutama sekali kalau aku tersebut nama lelaki lain. Dia punya jeling kat aku. Terus aku pandang tempat lain. Ya, dia agak cemburu orangnya. Kelakar, lantang dan cemburu. Kombinasi yang best banget. Cuma, aku kena sabar dan pandai handle keadaan.
Bagi aku, cinta anak ikan ke atau cinta bapa ikan ke?. Yang penting, masing-masing boleh bertolak ansur, saling memahami dan bersabar. Bergaduh bagi aku normal, itu adalah prose untuk kita kenal perangai partner kita sebelum berkahwin. Lepas berkahwin, kuranglah kejutan budaya tue nanti, sebab dah ada petunjuk sikit sebelum kahwin.
Nak komen sikit pasal cinta selepas berkahwin. Berdasarkan pengalaman aku lah. Ada baik dan ada buruk. Baik sebab dapat elak maksiat dan dosa. Buruk, sebab terpaksa bersabar dengan kerenah pasangan masing-masing. Hidup macam rela tapi terpaksa pun ada juga aku tengok. Lebih kurang macam pasrah jugalah. Meluat dengan perangai pasangan masing-masing pun ada juga.
Memandangkan aku dengan partner aku, insha allah kalau ada jodoh, berkahwin lah kami. Aku awal-awal lagi dah berpesan pada partner aku ni, "kita wajib ada batas, sebab kita bukan suami isteri lagi". Setiap kali, dia nak manja-manja dengan aku, aku pesan kat dia " aku tak sesuai nak bermanja dengan dia, pergi cari perempuan yang boleh digesel-gesel". Tapi, dia marah aku balik, dia taknak perempuan lain. Kalau taknak perempuan lain, so banyakkan bersabar dengan syarat-syarat aku ye Mr. Z.
Love u!

No comments:
Post a Comment