Tuesday, 26 February 2013

24jam Super Busy!

السلام عليكم

Best ke dapat partner super busy?

Sedih tau, selalu terasa diabaikan. Tapi, takdelah sampai menangis. Nasib baiklah, aku ni wanita bekerjaya. So, kurang sikit masa nak meroyan tak tentu pasal. Bila aku kerja, automatik aku terlupa pasal partner aku ni. Selepas habis kerja, gatal tangan tengok balik mesej-mesej lama, kompen meroyan kembali. Partner aku pula, macam biasa malas nak layan. Mula-mula memang melayan, lama-lama dah tak kuasa dia nak melayan perangai meroyan aku ni.

Kalau aku terasa diabaikan, aku tak suka baca mesej-mesej lama. Kekdahnya, aku akan deleted semua mesej-mesej tersebut termasuklah satu-satunya gambar yang partner aku bagi, masa kitaorang mula-mula nak berkenalan dan berkawan. Kalau dia tahu, aku deleted gambar dia tue. Haruslah mati. Gambar aku pula, siap dia jadikan wallpaper dalam hp dia. Baikkan partner aku. Aku je memanjang jahatnya.

Hari ini, sekali lagi aku meroyan. Orang perempuan kalau meroyan perangai dan bahasa teruk sikit. Akuilah keterukan kita tu ya wahai kaum Hawa. Sebab bila partner aku busy, maknanya dia akan penat dan suka tidur sebagai ganti. So, masa untuk jumpa aku memang agak kurang. Selalau kata rindu, tapi dia malas sikit nak jumpa aku sebab dia penat. Oh ye, partner aku ni tentera. So, kerja dia memang melibatkan kerja fizikal dan mental. Tekanan pun cepat. Naik angin pun cepat. Dapat pula perangai nak manja-manja sikit. Kompem, kena sound direct. Aku dah banyak kali kena. Makan hati juga lah. Malas je nak layan. Sebab aku penat dengan kerja.

Kekadang aku faham. Sebab aku sendiri bekerja. Kalau aku penat, aku memang malas nak jumpa orang. Nak pergi rumah orang kahwin pun, berkira-kira. Demi kekawan, pergilah juga. Janji tunjuk muka.

Okaylah, aku pun malas nak komen panjang-panjang. Makan hati, lama-lama boleh bawa penyakit.

Sayang Mr. Z :)
 

No comments: