Tuesday, 26 February 2013

Cinta Anak Ikan ke?

السلام عليكم

Kalau ada orang komen atau tak berpuas hati dengan cinta ala-ala Rozita Che' Wan atau Raja Azmi tu. Aku consider, mereka cemburu. Sebab kat office aku, ada akak ni asyik-asyik duk komen pasal cinta bawah umur ni.Hahhaa. Dia jeles!

Aku tak ceritalah kat akak ni, yang aku sedang berkawan dengan mamat bawah umur ni. Beza kami, 3 tahun. Dia sangat matang, kelakar, tegas, lantang dan berdisiplin. Kekadang, aku rasa macam aku pula kanak-kanak ribena. Sabar gila dia dengan perangai aku ni. Aku malas nak cerita kat akak ni sebab akak ni, cemburu gila. Dia tak boleh tengok orang lebih daripada dia. Bayangkanlah, aku puji pelakon Fazura yang memang cantik tue pun, dia punya tak puas hati memanjang nak balas balik.

Sebenarnya, aku sendiri tak minta berjodoh dengan mamat bawah umur ni. Awal-awal lagi, partner aku ni dah tahu status umur aku. Dia cakap tak kisah. Zaman sekarang ni, berlambak orang berkawan dan berkahwin dengan mamat bawah umur. Yang penting mereka ni matang.

Sepanjang aku berkawan dengan partner aku ni, aku tak terasa pun umur aku 29 tahun. Terasa biasa je. Dia layan aku pun okay je. Time dia marah, memang dia marah. Terutama sekali kalau aku tersebut nama lelaki lain. Dia punya jeling kat aku. Terus aku pandang tempat lain. Ya, dia agak cemburu orangnya. Kelakar, lantang dan cemburu. Kombinasi yang best banget. Cuma, aku kena sabar dan pandai handle keadaan.

Bagi aku, cinta anak ikan ke atau cinta bapa ikan ke?. Yang penting, masing-masing boleh bertolak ansur, saling memahami dan bersabar. Bergaduh bagi aku normal, itu adalah prose untuk kita kenal perangai partner kita sebelum berkahwin. Lepas berkahwin, kuranglah kejutan budaya tue nanti, sebab dah ada petunjuk sikit sebelum kahwin.

Nak komen sikit pasal cinta selepas berkahwin. Berdasarkan pengalaman aku lah. Ada baik dan ada buruk. Baik sebab dapat elak maksiat dan dosa. Buruk, sebab terpaksa bersabar dengan kerenah pasangan masing-masing. Hidup macam rela tapi terpaksa pun ada juga aku tengok. Lebih kurang macam pasrah jugalah. Meluat dengan perangai pasangan masing-masing pun ada juga.

Memandangkan aku dengan partner aku, insha allah kalau ada jodoh, berkahwin lah kami. Aku awal-awal lagi dah berpesan pada partner aku ni, "kita wajib ada batas, sebab kita bukan suami isteri lagi". Setiap kali, dia nak manja-manja dengan aku, aku pesan kat dia " aku tak sesuai nak bermanja dengan dia, pergi cari perempuan yang boleh digesel-gesel". Tapi, dia marah aku balik, dia taknak perempuan lain. Kalau taknak perempuan lain, so banyakkan bersabar dengan syarat-syarat aku ye Mr. Z.

Love u!

24jam Super Busy!

السلام عليكم

Best ke dapat partner super busy?

Sedih tau, selalu terasa diabaikan. Tapi, takdelah sampai menangis. Nasib baiklah, aku ni wanita bekerjaya. So, kurang sikit masa nak meroyan tak tentu pasal. Bila aku kerja, automatik aku terlupa pasal partner aku ni. Selepas habis kerja, gatal tangan tengok balik mesej-mesej lama, kompen meroyan kembali. Partner aku pula, macam biasa malas nak layan. Mula-mula memang melayan, lama-lama dah tak kuasa dia nak melayan perangai meroyan aku ni.

Kalau aku terasa diabaikan, aku tak suka baca mesej-mesej lama. Kekdahnya, aku akan deleted semua mesej-mesej tersebut termasuklah satu-satunya gambar yang partner aku bagi, masa kitaorang mula-mula nak berkenalan dan berkawan. Kalau dia tahu, aku deleted gambar dia tue. Haruslah mati. Gambar aku pula, siap dia jadikan wallpaper dalam hp dia. Baikkan partner aku. Aku je memanjang jahatnya.

Hari ini, sekali lagi aku meroyan. Orang perempuan kalau meroyan perangai dan bahasa teruk sikit. Akuilah keterukan kita tu ya wahai kaum Hawa. Sebab bila partner aku busy, maknanya dia akan penat dan suka tidur sebagai ganti. So, masa untuk jumpa aku memang agak kurang. Selalau kata rindu, tapi dia malas sikit nak jumpa aku sebab dia penat. Oh ye, partner aku ni tentera. So, kerja dia memang melibatkan kerja fizikal dan mental. Tekanan pun cepat. Naik angin pun cepat. Dapat pula perangai nak manja-manja sikit. Kompem, kena sound direct. Aku dah banyak kali kena. Makan hati juga lah. Malas je nak layan. Sebab aku penat dengan kerja.

Kekadang aku faham. Sebab aku sendiri bekerja. Kalau aku penat, aku memang malas nak jumpa orang. Nak pergi rumah orang kahwin pun, berkira-kira. Demi kekawan, pergilah juga. Janji tunjuk muka.

Okaylah, aku pun malas nak komen panjang-panjang. Makan hati, lama-lama boleh bawa penyakit.

Sayang Mr. Z :)
 

Sunday, 24 February 2013

Dating.

السلام عليكم

Abang aku, awal-awal sudah berpesan. Jaga maruah diri sendiri, jaga maruah keluarga, jaga aurat dan jaga segala-galanya. Jangan layang sms, jangan layan call, jangan keluar selalu.

Sebenarnya, aku terfikir juga benda macam ni. Memandangkan aku sudah berusia 29tahun, aku rasa macam tak praktikal pula untuk kenyataan "jangan-jangan" tersebut. Terus-terang, aku tak tergolong didalam wanita yang ada rupa. Comel kot. Pui!. Kalau aku cantik sangat walaupun perangai buruk, orang lelaki tetap berminat, selepas kahwin selalunya lelaki macam ni akan menyesal. Hahahaha.

Memandangkan aku kurang pada rupa. Bukan kurang sebenarnya, cuma aku tak pandai nak senyum 24jam. Mr Z, kata aku comel sebab semasa aku berbual dengan kawan dia, aku tersenyum lebar sebab kawan dia buat lawak. Mungkin sebab tu kot dia suka kat aku. Ala, lelaki kan pandang rupa segala apa. Ceh, taknak ngaku. Okay, Mr Z, sendiri mengaku aku comel. Aku awal-awal dah terus terang dengan dia, aku memang susah nak senyum tetapi cukup mudah untuk ketawa. Aku memang tak boleh dengar orang lain buat lawak antarabangsa. Sedangkan, aku sendiri juga seorang yang kelakar sebenarnya. Mr Z, juga kelakar. Weee.

Apabila, abang aku ingatkan pasal bab jangan-jangan ni. Memang tak praktikal sebab aku dengan Mr. Z, kami tiada masa untuk bergayut sebab duit. Ye, calling-calling memakan duit kami dengan lajunya. SMS pun Mr. Z malas nak layan sangat sebab dia sibuk kerja 24jam. Dia suka sangat tidur. Dia tak berapa suka aku kacau dia tidur sebab dia penat sangat. Makan pun malas. Selalu sangat demam.

Untuk memudahkan perkenalan, buat pertama kali, kami keluar berdua selepas sebulan lebih berkenalan. Itupun, punya susah dia berlakon ajak aku keluar. Aku ingatkan sekadar jumpa-jumpa sahaja. So, aku memang tak jangka nak pergi mana-mana. Aku ke tempat kerja Mr. Z. Bayangkanlah, aku jumpa Mr. Z depan kawan-kawan sekerja dia. Pergh, punyalah malu. Sampai dia masuk dalam kereta aku, aku masih lagi tunduk. Malunya nak pandang muka dia. Sampai dia tunduk nak pandang muka aku. Punyalah malu, aku dibuatnya. Ehem, malu itu separuh daripada iman. Okay. :)

Dia bawa kereta aku, kami pergi makan di sebuah kedai makan ditengah-tengah sawah. Dia order nasi goreng cili padi dan aku order mee kungfu. Air minum kami sama, air milo. Weee.

Kekok, Ye, kami sangat kekok. Masih malu-malu. Tak tahu nak cakap apa-apa lagi. Cuma, jeling-jeling sahaja. Dalam duk dia perhatikan muka aku yang sangat cantik ini, sekali dia perasan aku pakai lipstik. Terus aku ambil tisu, lappppppppppppp bibir. Sejak hari kena tegur tue, sampai ke office aku tak berlipstik. Cess. Hilang seri muka.

Second date, kami ke Bandar Melaka. Dari pukul 2 petang sampai ke pukul 3.30 petang aku tunggu Mr. Z dalam kereta. Cair aku dibuatnya kat tengah-tengah panas dalam kereta tu. Okay, lupa pula nak bagitahu, Mr Z tiada kereta, dia cuma ada motor sahaja. So, aku bagi dia pandu kereta aku. Being a gentleman. Okay apa.

Kami makan di gerai tepi jalan, serius tak sedap. Kami sakit perut. Sampai di Mahkota Parade, masing-masing cari tandas. Untuk kali pertama dalam hidup, aku masuk ke panggung wayang. Menonton filem, Wawa Semput. Serius, aku blurr bila booking tempat duduk, nak cari hall wayang, cari tempat duduk dalam hall dan keluar dari hall selepas habis menonton wayang. Lepas tue, jalan-jalan kejap dalam mall then kami pun balik. Dah petang, tak elok keluar sampai lewat malam. Kebetulan, Mr. Z kena masuk kerja malam tu. Kesian Mr. Z kena kerja 24jam.

Esoknya, kami bergaduh sebab siapa suruh mesej aku yang sedang bekerja. Stress okay. Sebab tue dia kena marah. Hahhaha.

Jodoh sudah tiba?

السلام عليكم

Sebelum ni, aku cuma suka-suka sahaja kenal dengan lelaki. Sayangnya, tarikan kimia tiada. Kekadang aku pelik, macam mana aku nak tahu samada lelaki yang kita jumpa itu adalah jodoh yang betul. Orang cakap, bila kita jatuh cinta pelbagai perasaan akan menjelma. Bibik aku cakap, dari dalam hati, kita tahu itu adalah jodoh untuk kita. Entah, aku tak tahu.

Sebelum-sebelum tu, aku selalu berbincang atau berdebat dengan emak aku pasal bab-bab jodoh ni. Memandangkan aku seorang sahaja, anak perempuan tunggal dikalangan 4 adik beradik lelaki. Makanya, naluri seorang emak agak sukar untuk melepaskan aku untuk pergi jauh. Kekadang, aku akui aku sendiri bengang dengan requirement yang telah ditetapkan oleh emak aku. Bayangkanlah, ini bab jodoh. Bab takdir. Kalau Allah, sudah susun rancangan yang terbaik untuk aku, takkan semudah itu aku nak tolak. Adoi.

Aku banyak membaca, jadi aku suka baca bab-bab jodoh ni daripada pandangan pemikir-pemikir islamik. Kepelbagaian dan keunikan pertemuan jodoh. Aku mula beri peluang kepada diri sendiri untuk memberi peluang kepada kelebihan dan kekurangan insan lain bernama lelaki untuk hadir dalam hati ini. Aku tidak sempurna. Ya, aku lupa itu.

Dengan takdir Allah, apabila hati sudah bersedia. Ya, jodoh itu akan hadir tanpa disangka-sangka. Tanpa perlu dicari. Ia hadir depan mata secara tiba-tiba.

Kalau sebelum ini, tiada tarikan kimia yang berlaku. Denga lelaki ini, aku terasa kelainan. Pertama kali, bertentangan mata secara dekat. Aku dapat rasa, ada rasa sejuk turun dari muka terus ke hati ku untuk kali pertama dalam hidup. Serius, aku tak pernah rasa perasaan itu.

Tapi, itulah. Aku tak berani jamin apa-apa. Aku tak tahu, samada dia jodoh aku atau tidak. Tetapi, aku sangat menghargai perasaan ini juga kehadiran Mr. Z didalam hidup ini. Dia berjaya membuat hidup aku berwarna-warni. 

Awal perkenalan lagi, dia sudah meletakkan harapan yang agak besar iaitu hendak kenal-kenal dulu sebelum boleh berkahwin. Aku terkejut juga masuk bab-bab kahwin ni, rasa macam pelik pula. Yela, memandangkan perempuan adalah makhluk yang sangat teruja nak mampus nak kahwin. Tak reti-reti nak bersabar. Aku pun tak faham, kenapa orang perempuan teruja sangat nak kahwin. Sampai sekarang, aku tak faham. Yang aku tahu, kahwin itu bukan setakat cinta sahaja, tetapi tanggungjawab yang maha berat. Bersedia ke nak kahwin dalam keadaan tanpa ilmu rumahtangga?. Insha Allah, aku sudah bersedia untuk berkahwin. Ameen.

Aku juga, taknak meletakkan beban kahwin ini diatas "bahu" Mr. Z, walaupuan dia sangat rajin mengingatkan aku bab-bab kahwin ni. Sebab bab-bab kahwin ni, sebenarnya memberi tekanan yang sangat berat pada kaum Adam, terutama sekali jika tidak stabil dari segi kewangan. Kesian dowh, aku tengok orang lelaki yang nak kahwin tanpa kewangan yang kukuh. Gila, nak buat loan bank 24 jam. Mati!.

Insha Allah, kalau ada jodoh tak kemana. (Ayat penyedap hati ke tu?)