Friday, 14 June 2013

Lawak Antarabangsa aksi seorang ladybos.

السلام عليكم

Disebabkan bekas ladybos aku dapat surat saman dari pejabat buruh yang mengkehendaki beliau untuk membayar pampasan dan hadir ke mahkamah buruh.

Aku dapat berita daripada kawan-kawan aku di audit firm. Bekas bos aku dah terminated services dorang sebagai tax agent, audit agent dan akaun agent. Kecoh jugalah kes ni kat sana.

Aku dengar je, aku dah gelak. Itulah peel ladybos aku, yang maha panas baran. W/pun nampak macam lemah gemalai dengan pakaian ala-ala lelaki. Dah tua-tua tu, patut dah berubah jadi wanita. Ala apa nak heran, bank telefon nak confirmedkan cheque pun dia boleh angin tak tentu pasal. Kang kalau bank buat auto debit, lagi lah tak tahu apa-apa langsung. Bank statement pun tak kenal. Sedih mak nak.

Admin and Finance Director. Kuikuikui. Malu aku dibuatnya.

Teringat pula "drama" yang ladybos aku buat semasa kitaorang nak buat stamping cukai kat kaunter LHDN. Tebal muka aku. Dah lah, pakai paperbag nama syarikat. Jalan kemain bangga. Malu gila aku siot.

Sadis

Surat Temuduga : Master in Forensic Accounting & Financial Criminology

السلام عليكم

Tengah aku duk dengar radio guna handphone.

Tetiba masuk satu mesej berbunyi;-

Congratulation! You are selected to attend an interview session for Sept 2013 Intake. Please print the interview letter via www.ipsis.uitm.edu.my

Alhamdulillah, secara rasminya aku dah dapat surat temuduga. Tarikh temuduga memang dah lama aku tahu sebab aku dah called Fakulti Akaun kat Uitm Shah Alam.  Tujuan aku called sebab nak hilangkan perasaan berdebar-debar dan nak buat preparation sebelum temuduga.

Menurut tulisan blogger-blogger yang pernah menghadiri temuduga untuk master ni, ada essay 250 words  Soalan dia aku tak tahu apa-apa. Lepas tu baru ada temuduga. Dorang cakap, macam temuduga kerja. Okayla aku ada pengalaman.

Temuduga aku pada 27 June 2013, pukul 10 pagi.

Semoga aku berjaya!

Wednesday, 5 June 2013

Insha Allah, kami akan berkahwin.

السلام عليكم

Ahli keluarga dan rakan-rakan rapat dah tahu aku berkawan dengan Incik Z. Incik Z dalam diam-diam sudah buat loan untuk beli rumah. Incik Z cakap,dia nak prepared semua sebelum kami kahwin. Kiranya, lepas kami kahwin, basuh kaki je la masuk rumah baru tue nanti.

Aku pun tak sangka, secepat itu Incik Z buat keputusan. Sebab, masa mula-mula kenal memang dia cakap nak kenal-kenal sebelum kami kahwin. Aku cuma ikut flow sahaja, tak ada tetapkan apa-apa pun. Buat masa ni, aku tak nak bertunang dulu, aku taknak ada tekanan pada kami berdua. Aku pun nak sambung belajar lagi. Aku nak bagi masa dan peluang kepada Incik Z untuk selesaikan apa sahaja masalah dia. Incik Z pun, tak lama lagi nak naik pangkat. Aku harap rezki Incik Z bertambah-tambah lagi hendaknya. Ameen.

Buat masa ni, Incik Z masih lagi segan nak berjumpa dengan ahli keluarga aku, mungkin disebabkan kerja dia. Harta pun, cuma ada motor saja. Aku tunggu sehingga dia ada rumah sendiri. Itu maruah dia sebagai seorang lelaki dan juga bakal suami ku. Tak kisahlah rumah tue kecil ke, besar ke. Aku ikut sahaja, kalau itu sahaja kemampuan Incik Z yang mampu dia sediakan untuk aku sebagai bakal isteri dia. Aku terima dengan hati yang terbuka. :)

Sayang Abang!

Master in Forensic Accounting & Financial Criminology

السلام عليكم

Tahun lepas, impian nak sambung master tergendala. Dalam tempoh seminggu, aku nak siapkan macam-macam perkara.

Insha Allah tahun 2013, semoga impian aku nak sambung Master in Forensic Accounting & Financial Criminology akan tercapai. Aku pun dah ada case study, ekoran kejadian pemecatan aku.  Thesis aku akan focus pada area Tax Fraud & Investigation. Aku pun pernah kerja di firma Audit, ada pengalaman buat magic dalam akaun, ada pengalaman turun naik  berurusan dengan Jabatan Buruh, siap masuk mahkamah segala bagai,. Sebab dalam course ni, ada satu subjek litigation environment of Forensic Accounting. Insha Allah, pengalaman-pengalaman macam ini, akan membantu aku didalam Master ini.

Aku dibuang Kerja

السلام عليكم

30 April 2013, aku telah dipanggil ke bilik ladybos. Dan, aku diberikan surat termination. Alasan, aku dibuang kerja kerana prestasi kerja yang teruk. Yang bestnya hanya sekadar cakap, tapi tiada bukti bertulis langsung. Ladybos siap minta surat resigned daripada aku. Aku keluar daripada bilik dia dalam pukul 5.30 lebih. Memang tak sempat nak kemas apa-apa pun kat meja aku. Itu tujuan, ladybos panggil aku pukul 4 petang, supaya aku tak marah dan deleted semua files dalam computer sepertimana yang pernah kak long dia buat dengan dia dulu sebelum resigned. Aku sendiri tak tahu, samada kak long dia resigned atau diterminated. Sedangkan aku sendiri, diwar-warkan berhenti kerja oleh ladybos aku pada semua staff-staff syarikat. Staff syarikat pun tak tahu aku pergi mana sebenarnya.

Serius, aku sakit hati sebenarnya. So, mak aku suruh aku pergi Pejabat Buruh untuk buat aduan. Bagi aku, kalau aku tak salah kenapa mesti rasa takut, betul tak?. Aku pun pergilah Pejabat Buruh untuk minta advised. Pegawai kat sana pun, telitilah kontrak kerja aku. Ada beberapa alasan kukuh yang aku tidak bersalah, antaranya adalah:-
  1. Tempoh percubaan aku 6 bulan. 3 bulan aku kerja, gaji dan elaun aku dinaikkan. Apa motif kenaikan?. Ladybos aku cakap, itu gaji simpati. Setahun dik gaji simpati, ko hado.
  2. Tempoh percubaan aku 6 bulan, aku sudah kerja selama setahun sebulan. Kenapa perlu tunggu selama setahun untuk terminated aku?
  3. Dua orang pekerja baru telah diambil untuk menggantikan position aku, 2 bulan kemudian aku dibuang kerja 24jam tanpa notis.
  4. Alasan-alasan prestasi kerja teruk, tetapi tiada surat tunjuk sebab, tiada surat amaran yang ditandatangani oleh aku .
  5. Gaji gantirugi notis tidak dibayar kepada aku on time dan jumlah tidak mengikut didalam surat tawaran kerja. Didalam surat termination aku, siap ada tokok tambah pada bahagian syarat-syarat tawaran pampasan.
  6. Faedah penamatan kerja tidak dibayar. Bos aku memang tak nak bayar pun.  Mungkin sebab tak baca Akta Pekerja 1955.

Pada 04 June 2013, berakhirlah kemelut ini. Sedangkan sebulan sudah aku dibuang kerja. By the way, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Pegawai Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Pegawai Jabatan Tenaga Kerja yang sangat membantu dan cekap didalam melaksanakan kerja mereka.
  
Akhirnya di dalam Mahkamah Buruh, wakil bekas bos aku telah menyerahkan cek pampasan kepada aku. Itu Hak aku yang telah termaktub didalam Akta Pekerja 1955. Bukan saja-saja minta, kesian bekas bos tak faham undang-undang. Kesian jutawan Melayu segera, aku tak ingin pun harta kau, sebagai insan yang pernah teraniaya, aku harap Allah bagi hukuman yang setimpal pada company dan ahli keluarga kau. Sesekali kena belajar menyembah bumi. Tak malu, dapat rezki pun guna kabel. Hidup tak berkat!!!.

Tuesday, 26 February 2013

Cinta Anak Ikan ke?

السلام عليكم

Kalau ada orang komen atau tak berpuas hati dengan cinta ala-ala Rozita Che' Wan atau Raja Azmi tu. Aku consider, mereka cemburu. Sebab kat office aku, ada akak ni asyik-asyik duk komen pasal cinta bawah umur ni.Hahhaa. Dia jeles!

Aku tak ceritalah kat akak ni, yang aku sedang berkawan dengan mamat bawah umur ni. Beza kami, 3 tahun. Dia sangat matang, kelakar, tegas, lantang dan berdisiplin. Kekadang, aku rasa macam aku pula kanak-kanak ribena. Sabar gila dia dengan perangai aku ni. Aku malas nak cerita kat akak ni sebab akak ni, cemburu gila. Dia tak boleh tengok orang lebih daripada dia. Bayangkanlah, aku puji pelakon Fazura yang memang cantik tue pun, dia punya tak puas hati memanjang nak balas balik.

Sebenarnya, aku sendiri tak minta berjodoh dengan mamat bawah umur ni. Awal-awal lagi, partner aku ni dah tahu status umur aku. Dia cakap tak kisah. Zaman sekarang ni, berlambak orang berkawan dan berkahwin dengan mamat bawah umur. Yang penting mereka ni matang.

Sepanjang aku berkawan dengan partner aku ni, aku tak terasa pun umur aku 29 tahun. Terasa biasa je. Dia layan aku pun okay je. Time dia marah, memang dia marah. Terutama sekali kalau aku tersebut nama lelaki lain. Dia punya jeling kat aku. Terus aku pandang tempat lain. Ya, dia agak cemburu orangnya. Kelakar, lantang dan cemburu. Kombinasi yang best banget. Cuma, aku kena sabar dan pandai handle keadaan.

Bagi aku, cinta anak ikan ke atau cinta bapa ikan ke?. Yang penting, masing-masing boleh bertolak ansur, saling memahami dan bersabar. Bergaduh bagi aku normal, itu adalah prose untuk kita kenal perangai partner kita sebelum berkahwin. Lepas berkahwin, kuranglah kejutan budaya tue nanti, sebab dah ada petunjuk sikit sebelum kahwin.

Nak komen sikit pasal cinta selepas berkahwin. Berdasarkan pengalaman aku lah. Ada baik dan ada buruk. Baik sebab dapat elak maksiat dan dosa. Buruk, sebab terpaksa bersabar dengan kerenah pasangan masing-masing. Hidup macam rela tapi terpaksa pun ada juga aku tengok. Lebih kurang macam pasrah jugalah. Meluat dengan perangai pasangan masing-masing pun ada juga.

Memandangkan aku dengan partner aku, insha allah kalau ada jodoh, berkahwin lah kami. Aku awal-awal lagi dah berpesan pada partner aku ni, "kita wajib ada batas, sebab kita bukan suami isteri lagi". Setiap kali, dia nak manja-manja dengan aku, aku pesan kat dia " aku tak sesuai nak bermanja dengan dia, pergi cari perempuan yang boleh digesel-gesel". Tapi, dia marah aku balik, dia taknak perempuan lain. Kalau taknak perempuan lain, so banyakkan bersabar dengan syarat-syarat aku ye Mr. Z.

Love u!

24jam Super Busy!

السلام عليكم

Best ke dapat partner super busy?

Sedih tau, selalu terasa diabaikan. Tapi, takdelah sampai menangis. Nasib baiklah, aku ni wanita bekerjaya. So, kurang sikit masa nak meroyan tak tentu pasal. Bila aku kerja, automatik aku terlupa pasal partner aku ni. Selepas habis kerja, gatal tangan tengok balik mesej-mesej lama, kompen meroyan kembali. Partner aku pula, macam biasa malas nak layan. Mula-mula memang melayan, lama-lama dah tak kuasa dia nak melayan perangai meroyan aku ni.

Kalau aku terasa diabaikan, aku tak suka baca mesej-mesej lama. Kekdahnya, aku akan deleted semua mesej-mesej tersebut termasuklah satu-satunya gambar yang partner aku bagi, masa kitaorang mula-mula nak berkenalan dan berkawan. Kalau dia tahu, aku deleted gambar dia tue. Haruslah mati. Gambar aku pula, siap dia jadikan wallpaper dalam hp dia. Baikkan partner aku. Aku je memanjang jahatnya.

Hari ini, sekali lagi aku meroyan. Orang perempuan kalau meroyan perangai dan bahasa teruk sikit. Akuilah keterukan kita tu ya wahai kaum Hawa. Sebab bila partner aku busy, maknanya dia akan penat dan suka tidur sebagai ganti. So, masa untuk jumpa aku memang agak kurang. Selalau kata rindu, tapi dia malas sikit nak jumpa aku sebab dia penat. Oh ye, partner aku ni tentera. So, kerja dia memang melibatkan kerja fizikal dan mental. Tekanan pun cepat. Naik angin pun cepat. Dapat pula perangai nak manja-manja sikit. Kompem, kena sound direct. Aku dah banyak kali kena. Makan hati juga lah. Malas je nak layan. Sebab aku penat dengan kerja.

Kekadang aku faham. Sebab aku sendiri bekerja. Kalau aku penat, aku memang malas nak jumpa orang. Nak pergi rumah orang kahwin pun, berkira-kira. Demi kekawan, pergilah juga. Janji tunjuk muka.

Okaylah, aku pun malas nak komen panjang-panjang. Makan hati, lama-lama boleh bawa penyakit.

Sayang Mr. Z :)
 

Sunday, 24 February 2013

Dating.

السلام عليكم

Abang aku, awal-awal sudah berpesan. Jaga maruah diri sendiri, jaga maruah keluarga, jaga aurat dan jaga segala-galanya. Jangan layang sms, jangan layan call, jangan keluar selalu.

Sebenarnya, aku terfikir juga benda macam ni. Memandangkan aku sudah berusia 29tahun, aku rasa macam tak praktikal pula untuk kenyataan "jangan-jangan" tersebut. Terus-terang, aku tak tergolong didalam wanita yang ada rupa. Comel kot. Pui!. Kalau aku cantik sangat walaupun perangai buruk, orang lelaki tetap berminat, selepas kahwin selalunya lelaki macam ni akan menyesal. Hahahaha.

Memandangkan aku kurang pada rupa. Bukan kurang sebenarnya, cuma aku tak pandai nak senyum 24jam. Mr Z, kata aku comel sebab semasa aku berbual dengan kawan dia, aku tersenyum lebar sebab kawan dia buat lawak. Mungkin sebab tu kot dia suka kat aku. Ala, lelaki kan pandang rupa segala apa. Ceh, taknak ngaku. Okay, Mr Z, sendiri mengaku aku comel. Aku awal-awal dah terus terang dengan dia, aku memang susah nak senyum tetapi cukup mudah untuk ketawa. Aku memang tak boleh dengar orang lain buat lawak antarabangsa. Sedangkan, aku sendiri juga seorang yang kelakar sebenarnya. Mr Z, juga kelakar. Weee.

Apabila, abang aku ingatkan pasal bab jangan-jangan ni. Memang tak praktikal sebab aku dengan Mr. Z, kami tiada masa untuk bergayut sebab duit. Ye, calling-calling memakan duit kami dengan lajunya. SMS pun Mr. Z malas nak layan sangat sebab dia sibuk kerja 24jam. Dia suka sangat tidur. Dia tak berapa suka aku kacau dia tidur sebab dia penat sangat. Makan pun malas. Selalu sangat demam.

Untuk memudahkan perkenalan, buat pertama kali, kami keluar berdua selepas sebulan lebih berkenalan. Itupun, punya susah dia berlakon ajak aku keluar. Aku ingatkan sekadar jumpa-jumpa sahaja. So, aku memang tak jangka nak pergi mana-mana. Aku ke tempat kerja Mr. Z. Bayangkanlah, aku jumpa Mr. Z depan kawan-kawan sekerja dia. Pergh, punyalah malu. Sampai dia masuk dalam kereta aku, aku masih lagi tunduk. Malunya nak pandang muka dia. Sampai dia tunduk nak pandang muka aku. Punyalah malu, aku dibuatnya. Ehem, malu itu separuh daripada iman. Okay. :)

Dia bawa kereta aku, kami pergi makan di sebuah kedai makan ditengah-tengah sawah. Dia order nasi goreng cili padi dan aku order mee kungfu. Air minum kami sama, air milo. Weee.

Kekok, Ye, kami sangat kekok. Masih malu-malu. Tak tahu nak cakap apa-apa lagi. Cuma, jeling-jeling sahaja. Dalam duk dia perhatikan muka aku yang sangat cantik ini, sekali dia perasan aku pakai lipstik. Terus aku ambil tisu, lappppppppppppp bibir. Sejak hari kena tegur tue, sampai ke office aku tak berlipstik. Cess. Hilang seri muka.

Second date, kami ke Bandar Melaka. Dari pukul 2 petang sampai ke pukul 3.30 petang aku tunggu Mr. Z dalam kereta. Cair aku dibuatnya kat tengah-tengah panas dalam kereta tu. Okay, lupa pula nak bagitahu, Mr Z tiada kereta, dia cuma ada motor sahaja. So, aku bagi dia pandu kereta aku. Being a gentleman. Okay apa.

Kami makan di gerai tepi jalan, serius tak sedap. Kami sakit perut. Sampai di Mahkota Parade, masing-masing cari tandas. Untuk kali pertama dalam hidup, aku masuk ke panggung wayang. Menonton filem, Wawa Semput. Serius, aku blurr bila booking tempat duduk, nak cari hall wayang, cari tempat duduk dalam hall dan keluar dari hall selepas habis menonton wayang. Lepas tue, jalan-jalan kejap dalam mall then kami pun balik. Dah petang, tak elok keluar sampai lewat malam. Kebetulan, Mr. Z kena masuk kerja malam tu. Kesian Mr. Z kena kerja 24jam.

Esoknya, kami bergaduh sebab siapa suruh mesej aku yang sedang bekerja. Stress okay. Sebab tue dia kena marah. Hahhaha.

Jodoh sudah tiba?

السلام عليكم

Sebelum ni, aku cuma suka-suka sahaja kenal dengan lelaki. Sayangnya, tarikan kimia tiada. Kekadang aku pelik, macam mana aku nak tahu samada lelaki yang kita jumpa itu adalah jodoh yang betul. Orang cakap, bila kita jatuh cinta pelbagai perasaan akan menjelma. Bibik aku cakap, dari dalam hati, kita tahu itu adalah jodoh untuk kita. Entah, aku tak tahu.

Sebelum-sebelum tu, aku selalu berbincang atau berdebat dengan emak aku pasal bab-bab jodoh ni. Memandangkan aku seorang sahaja, anak perempuan tunggal dikalangan 4 adik beradik lelaki. Makanya, naluri seorang emak agak sukar untuk melepaskan aku untuk pergi jauh. Kekadang, aku akui aku sendiri bengang dengan requirement yang telah ditetapkan oleh emak aku. Bayangkanlah, ini bab jodoh. Bab takdir. Kalau Allah, sudah susun rancangan yang terbaik untuk aku, takkan semudah itu aku nak tolak. Adoi.

Aku banyak membaca, jadi aku suka baca bab-bab jodoh ni daripada pandangan pemikir-pemikir islamik. Kepelbagaian dan keunikan pertemuan jodoh. Aku mula beri peluang kepada diri sendiri untuk memberi peluang kepada kelebihan dan kekurangan insan lain bernama lelaki untuk hadir dalam hati ini. Aku tidak sempurna. Ya, aku lupa itu.

Dengan takdir Allah, apabila hati sudah bersedia. Ya, jodoh itu akan hadir tanpa disangka-sangka. Tanpa perlu dicari. Ia hadir depan mata secara tiba-tiba.

Kalau sebelum ini, tiada tarikan kimia yang berlaku. Denga lelaki ini, aku terasa kelainan. Pertama kali, bertentangan mata secara dekat. Aku dapat rasa, ada rasa sejuk turun dari muka terus ke hati ku untuk kali pertama dalam hidup. Serius, aku tak pernah rasa perasaan itu.

Tapi, itulah. Aku tak berani jamin apa-apa. Aku tak tahu, samada dia jodoh aku atau tidak. Tetapi, aku sangat menghargai perasaan ini juga kehadiran Mr. Z didalam hidup ini. Dia berjaya membuat hidup aku berwarna-warni. 

Awal perkenalan lagi, dia sudah meletakkan harapan yang agak besar iaitu hendak kenal-kenal dulu sebelum boleh berkahwin. Aku terkejut juga masuk bab-bab kahwin ni, rasa macam pelik pula. Yela, memandangkan perempuan adalah makhluk yang sangat teruja nak mampus nak kahwin. Tak reti-reti nak bersabar. Aku pun tak faham, kenapa orang perempuan teruja sangat nak kahwin. Sampai sekarang, aku tak faham. Yang aku tahu, kahwin itu bukan setakat cinta sahaja, tetapi tanggungjawab yang maha berat. Bersedia ke nak kahwin dalam keadaan tanpa ilmu rumahtangga?. Insha Allah, aku sudah bersedia untuk berkahwin. Ameen.

Aku juga, taknak meletakkan beban kahwin ini diatas "bahu" Mr. Z, walaupuan dia sangat rajin mengingatkan aku bab-bab kahwin ni. Sebab bab-bab kahwin ni, sebenarnya memberi tekanan yang sangat berat pada kaum Adam, terutama sekali jika tidak stabil dari segi kewangan. Kesian dowh, aku tengok orang lelaki yang nak kahwin tanpa kewangan yang kukuh. Gila, nak buat loan bank 24 jam. Mati!.

Insha Allah, kalau ada jodoh tak kemana. (Ayat penyedap hati ke tu?)